Thursday 13 October 2011

Isipadu Cecair

Apa Itu Isipadu cecair.......?
Murid selalu mempunyai salah anggapan tentang isipadu cecair. Mereka beranggapan bahawa bekas yang tinggi dan berdiameter kecil mempunyai kapasiti air yang banyak berbanding bekas yang rendah dan berdiameter lebar.


Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ atau unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ atau unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sisitem metrik.

Pengukuran isipadu cecair merujuk kepada berapa kuantiti cecair itu dapat diisi dalam sesebuah bekas. Semua guru sedar bahawa murid - murid selalu menganggap bahawa isipadu sesuatu cecair akan berubah sekiranya cecair itu dituangkan ke dalam bekas ke bekas yang berlainan saiz.

No comments:

Post a Comment