Thursday 13 October 2011

Isipadu Cecair

Apa Itu Isipadu cecair.......?
Murid selalu mempunyai salah anggapan tentang isipadu cecair. Mereka beranggapan bahawa bekas yang tinggi dan berdiameter kecil mempunyai kapasiti air yang banyak berbanding bekas yang rendah dan berdiameter lebar.


Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ atau unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ atau unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sisitem metrik.

Pengukuran isipadu cecair merujuk kepada berapa kuantiti cecair itu dapat diisi dalam sesebuah bekas. Semua guru sedar bahawa murid - murid selalu menganggap bahawa isipadu sesuatu cecair akan berubah sekiranya cecair itu dituangkan ke dalam bekas ke bekas yang berlainan saiz.

Dengar-dengarkan....

Boleh bantu anak-anak murid semoga depa dapat mengingatkannya...

Mikro Pengajaran saya satu lagi.....nie baru betul.....

Sunday 2 October 2011

Matematik Tahun 4

ISIPADU AIR: Penukaran Unit Liter kepada Mililiter

Hai kawan-kawan =’)

Jom tengok contoh di bawah

Saya akan ajar anda semua bagaimana mahu menukarkan unit liter kepada mililiter.


1.8 l       = 1 + 0.8 l
 
                    = 1000 ml + 800 ml
 
                    = 1800 ml


CARA LAIN 


                               = 1000 ml + 800 ml
                               = 1800 ml
liter
Milliliter
1
1000
0.8
800

Baru peringkat permulaan

     Tak pernah berblog hanya tengok blog orang sahaja. Bila dah sekali cuba rasa seronok juga yea...Tapi banyak yang perlu belajar untuk perbaiki lagi agar persembahan blog saya nampak menarik dan bersistematik. Marilah kawan-kawan jom join blog saya yang terseberapa ini......Terima Kasih....